Sunday, November 27, 2011

Manicure,Pedicure

yesterday i went for my first ever mani and pedi session kat The Nail Parlor, Alamanda. sebelum g aku dah buat reservation utk 2 orang on sunday, which is today, tapi buat smalam instead because g alamanda smalam nak g tgk wayang cite puss in boots, sbb plannye aku nak ajak DH buat skali dah kaki dia horror gila, hahaha biasa ahh kaki lelaki, kaki ayah aku pun gitu gak. tapi dia taknak plak last menet, tapi takpe ahh tak kesah pun, sbb manicurist dia sume org puang jeee haha mana boleh org puang laing pegang laki aku, takboleh takboleh no no no eh.

session started with pedi, kaki aku pun agak kotor la ehh, kuku panjang patu ada daki2 celah kuku.. ee. aku geli tgk, biasa potong sendiri je, tapi aku cari sepit kuku tak jumpa, kira mmg nak suruh aku g kedai ahh tu ahahahahah nak pulak duit tgh ada, (snarnye dah lama aku nak g, tapi time DH bawak dulu kedai penuh so tangguh ahh) dia gosok2, urut2 kaki aku, scrub sume, buffered them nails sampai jadi mcm sedap gila ahh rasa kaki aku lepas habis treatment tu, tu baru basic treatment, klu aku amek option yang mahal2 lagi tak tau ahh, duk dlm rumah kaki kene sarung dgn plastik. bila buat tgn plak, sama gak, urut2 skali, buffer kuku... hish, klu aku tau begini best jadi pompuan yang pompuan pompuan, time kecik dulu takkan aku teringin nak belagak tomboy. haha, mana tau mak aku kot2 tgk aku cam pompuan lebih dulu dia bawak aku pegi pamper diri dari awal lagi kan. untung laa takyah kuar duit. hihihi.

the whole session took about an hour and a half, therefore i was 20 mins late for the movie(puss started at 8, my manicure, 7)jalan cite dia agak laju la bagi aku, berbanding dgn katun2 yang aku tgk seblum ni, tapi bagi aku,aku suka la, will definitely have it downloaded for future viewing, hehe. habis wayang kol 9.30, still ada masa lagi ni nak pegi beli yang gosok2 badan time mandi tu, aku tak tau ahh bende panggil tu, tapi bukan yang span tu yang jaring2 bundut2 tu. ingat nak beli kat guardian je, RMduahenggetsetengah je kan, tapi sbb masa kuar dari nail parlor tu aku lalu body shop, patu ada offer plak tuhh, makanya aku pegi beli kat sana,

silap besar silap besar, plan nak beli bende basuh badan tu je, skali tgk ada wangi2 baru, patu aku rasa sedap plak bau dia, beli plakkk, hahahaha, patu ada offer shower gel yang 35 se, tapi beli 2 harga 35 gak(klu tak jadi 70 la biasa kan) aku beli gakkkkk. patu sbb poyo rasa tgh ada mood nak jaga tgn(baru lepas buat kuku kannn, patu duit pun ada, haha) beli gakk hand and nail cream. nak pakai bape lama tak tau la kan, tah2 tak sampai seminggu. total damage done there:RM218. campur kuku tgn kaki lutut dahi sume ada ahh around 300+, plus contact lenses, 400 gak ahh, habis duit aku bulan ni. seb bek aku tak beli set mani and pedi tu je doh, bajet2 nak buat kat umah kan, klu tak habis beg duit aku masuk spital kene penyakit organ berlubang. untungnye jadi pompuan ni, masa tak kawen, duit takde, mak pak bela, masa dah kawen, duit takde, laki bela gak, tapi laki aku nak komplen mender beb, aku beli sbb nak pakai dgn dia je, kuar bukan aku pakai pun. kang bising plak bau belacan lah hape la, haha, patut tiap2 malam dah wangi ni anak aku  berjujuk dah tunggu nak diberanakkan, ni habuk pun tarak. tak balik modal ahh macam ni b! hahaha. i put aside siap2 dah duit nak simpan, cuma tak simpan2 je kat bank. bahaya gak tuhh, bila datang naluri shopping tu, sorok duit celah mana pun korekkkk balik gak amek nak beli. biasa ahh wei orang muda2, haha nak plak sebelum ni dah terbiasa buang duit camtu je. nnt aku dah tua ada anak, naluri keibuan tu ganti naluri shopping tu pepandai la aku nak putar belit duit tu kan.

one of my best friends lives nearby, takde la that near that i could just walk over to her house, 10 km marathon bole la kot? ke half? haha. but quite near la kan, so klu DH bagi boleh ahh pegi lepak dgn dia, yay!
i told her that id treat her for mani, pedi klu DH taknak ikut, tapi dok dang ahh beb, sorryyy. plan berubah serta merta maka tak sempat la kan nak bermanja dgn mung. hehe. len kali eh len kali.

Friday, November 18, 2011

ouch!

dalam seminggu main dgn pisau, mesti aku cut myself 2,3 kali. patu 2 minggu nak nak elok tu, tepotong lagi. haih. takpelah, insyaallah sakit2 sikit ni dosa pun hilang la sikit kan kan kan heheheheh.

aku dah lama tak merayap dgn DH.. haa bile pikir pasal merayap2 dgn DH ni laa buat aku mcm rindu zaman2 becinte dulu hihi jgn geli tau, tapi ni hakikat. dulu nak pegi mana kabor je, taknak pegi pun diajak pegi. skarang tunggu pun tak diajak, mintak pun tak diberi. haha, jgn ke aku sorang je gini, aku rasa rata2 orang kawen mmg gini ahh, especially yang becinte lama. so nak buat guane, lepak umah main game je la sambil makan hati ulam jantung.

tak pun g main squash! yay i like! tapi tu pun kekadang dinasihatkan aku supaya bawak2 lahh duduk rumah(tapi aku fight for my right jugak sometimes tu, aku main sukan kot, how bad can it be berbanding dgn lepak?). lahh, habistu selama ni aku pegi mana je? bejalan? mmg la jalan, kuar masuk dapur. kat dapur tu bukan bole main squash pun, klu boleh kira tak kuar pun takpe, nak suruh aku tido kat dapur pun takpe.

i like the way i live now, walaupun i think the time i spend for exercise isnt enough, kene redha jela, sbb bende lain byk nak buat. klu kat usm dulu, exercise tu je bende yang aku kene buat, study tak payah punnnn, bajet terer kan, haahahaha, patu bila dah under probation baru nak menggelupur. tapi aku tak menggelupur mana la, sbb aku kan bajet2 cool gak, wakakakka. but tu ahh, referring to the above paragraph, aku kecik hati that i dont get to spend as much time with DH. haha, kan aku kata dlm post seblum ni, aku tak suka bila laki aku tinggalkan aku. tapi tak difahamkan, dan tak diherankan makanyee begini je la ye. redha redha :D

lalat ni geram betul, its like their holidays exceed their working days, unlike us humans kan, weekends je yang free nak sesakkan all the malls. lalat ni sokmo cuti, ahli parliament dia malas buat keje kot, nak senang, senang lagi. kalau cuti tu pegi main kat tong sampah je takpe, ni penuh serumah, depa hengat rumah ni tempat becuti ka apa?

blah laaa lalat oiiiii aku benci sungguh tgk mu peng kat periuk sana sini. eeee.

Sunday, November 13, 2011

karaoke!

sang my heart out today, with the rest of the fam. no pictures though, as i was busy picking and skipping songs haha(DH, his cous and i, we arrived an hour late..sedih tau), one of the workers at the center came to tell us that our 2hour time limit is up and i begged him to let me sing just one other, but he was firm so whatever, kedekut punye brader. tapi tu lahhh its not like its my last singing session ever pun kan.

aku ni cakap no pictures tu mcm laa janji nak letak gambar aku tu boleh digunapakai sgtttt, haha.

oh oh, harini aku kenyang gila wehhh, takpenah aku rasa sekenyang ni setelah sekian lama, pagi aku makan nasik dagang(nasik je) roti sekeping dgn butter selepuk(bape banyak calories daa) waffle gardenia tu 3keping, lempung sket, patu tido. bangun2 tgk kat meja ada tau fu fa 2 bekas, aku bantai both, patu goreng pisang 6keping, aku makan sume gak patu g eksersais perut kejap(karoke), balik menyanyi g makan bihun kungfu(my favourite! lama gila tak makan beb) patu balik makan kepok ikang, patu minum air, perut pun rasa berat lebih, haihh. mcm menyesal pun ada makan banyak ni, tapi takpe ahh skali skala. kene tido lewat sikit ah, i hate sleeping with a full stomach, soo uncomfortable.

a little update on squash: i found people to play with! seronok gila. haha, lepas ni tiap2 petang aku boleh main squash. tapi tu ahh, dont think akan main segila dulu, tak sempat kot, sbb ptg je ada masa. pagi full, so takleh nak pegi train kat track . mmg ahh kat area rumah pun boleh, tapi aku suka klu boleh lari tu dlm pukul 6, 7, camtu, takde la panas, kete pun tak banyak lagi kan. tgk ahh camne nnt, mana tau sempat gak nak selit2 ke kan. klu ada peluang aku nak gak se-fit seblum ni, skarang takde la pancit mana, cume slow sikit la, klu tak dulu mcm lipas takde seblah kaki. skrang lipas takde dua belah kaki. nak sampai tahap lipas dgn dua kaki tu jauhhhhhh betul perjalanan nak kene harung. klu tak kawen lagi aku sanggup beb jauh mana pun nak kene pegi janji aku jadi terer hahahaha, tapi dah kawin ni nak kene pertimbangkan perasaan suami, makanya, takpe ahh, lek suda. lagipun bukan tak pena buat keje gila sukan dulu, dah rasa tu kira ok la kan.

Saturday, November 12, 2011

hello people

its been really long since my last update, i think la, haha, always been wanting to update, dah byk gila perkara berlaku sejak dua menjak ni tapi tu ahh, tak terupdate beb, tgk pc rasa nak browse je, tak rasa nak type. tapi nak update, mcm mana tuh?? ahaha.

walaubagaimanapun, here i am at this hour(i think the blog's system clock x accurate) updating blog aku yang dah bersawang2 ni.

aku tgh dlm mode prektis buat nasik dagang yang perfek, tapi agak payah laa klu lari dari measurement 1gantang tu. nnt nasik jadi lembik keras2 gitu, tarak syiok punyaa. tapi tu klu lain dari ukuran segantang la, klu segantang tu huhh, pakai hidung harung nasik pun konfem molek ahh.

ada orang kata i should stop writing things in my blog just incase someone decides to manipulate every word i type. berkeras tuu suruh aku stop tulis blog, nak cakap dgn aku sendiri pun tak sanggup sbb takut ter-gaduh dgn aku haaaaa, so aku dgn ini ckp melalui blog je la sbb aku pun takut gak tergaduh dgn dia haha. tapi bagi aku la kan, apa bende laa sume ni, klu nak manipulate pun, boleh jadi apa, blog aku ni harmless maa, bukan aku kutuk politik. byk hal rumahtangga, persendirian je, and as said by someone, hal rumahtangga authorities bukan hingin pun nak masuk campur. so? so kesimpulan aku, pasal berenti tulis blog ni, buat sementara waktu ke, selama lamanya ke, aku malas ahh nak dgr, katanye orang takde keje je yang tulis blog. mmg la aku takde keje, so aku tulis la blog. hahaha. blog ni bukan nye satu pekerjaan ye bang, blog ni utk mengisi masa lapang. jadinya walaupun aku menulis blog, tak bermaksud aku takde keje lain. keje dah siap, apa salahnye klu nak tulis pun kan. kan KAN?

baru2 ni aku tgk kat tv, cerita tanah kubur. mamat ni bekas imam, dia terlupa yang dia pegang duit surau, bila orang kata duit tu ada dgn dia, dia mati2 tak mengaku. a few days went by, dia pun bukak ahh quran, tgk2 ada duit tu dgn dia. mula2 niat nak bagi balik, tpai tak jadi, sbb takut orang kampung kata 'kan aku dah kata duit tu dgn ko, ko kata tak' kira nak jaga maruah la ni, agama tergadai takpe.... bekas imam tu seblum mati dia sakit jadi tak larat, patu panas nak mampus(sampai mampus pun dia rasa panas) tetibe mati dlm keadaan panas. kira dia sorang jela yang rasa panas tu, patu bila org dtg baca yasin, tgk badan dia ada ulat, patu perut dia jadi busuk(mcm daging busuk tu). hahaha, ni baru hal kecik beb, klu hal sampai gaduh2 sbb malunya anak kawin lari, camne? hanya Allah yang tahuuu.

aku cakap je, tak mengharap pun bende ni berlaku kan, tapi tu ahh, selagi sempat, kita tobat. nnt dah too late, maruah tu takde apa dah, dlm kubur tak pakai pun harga maruah tu nak masuk syurga.

orang banyak tepon aku suruh balik lah ruma balik lah ruma. yang ni mmg aku bengang sikit laa, sbb menyibuk kan. dah tu klu menyibuk dgr cite dua2 belah pihak takpe gak, ni dgr seblah pihak je, patu nak semak2 buat pandai tepon aku nak tolong selesaikan masalah. Mehhhh sini aku nak habaq kat hgpa, masalah takkan selesai klu jalan cita tak betul, patu bila nak ok je mula nak belasah sini sana. tapi yala, aku tak salahkan hgpa, sbb biasa ahh, cerita tu klu dah diolah jadi sedih dan diceritakan oleh orang yang sedang sedih makanya orang akan memihak pada dia pun.

baru2 ni ada orang datang rumah , konon nak selesaikan perkara ni, lepas dia datang tu, terus terkejut gila babi. sbb dikatakan aku dibomoh, tapi dia tgk aku ok. dikatakan aku dibawak lari, tapi aku dihalau keluar sebenarnye. dikatakan laki aku pegi court bawak gengsta, tapi yang pegi court tu pakcik laki aku je pun.

dah, ni baru sikit cerita yang diputar belit. dah buat orang bengang and rasa nak take their side kan. aku ingat aku dgn adik2 aku je kaki putar belit kat rumah dulu, rupanya kemana tumpah kuah klu tak ke nasik kannnn hahaha. tapi putar belit dia kuar time dirasakan maruah terancam je.

ikutla nak pecaya amende pun, aku ok je. janji aku dah kawen dgn sah dan halalnye and aku reti buat nasik dagang. kau reti ke?  hahahaha.

wei aku sayang nak main batman doh, nnt habis, nak beli game baru mcm membazir, tapi takpe ahh, kira boleh jimat2 gak main game tu(main game pun jimat) sbb DH beli MW3, tgh on heat nak naik level online sume so aku takde can pun nak men ps. tanda2 nak jimat duit tu, hahaha.

Tuesday, November 1, 2011

ya allah wehh

aku bengang betul soklan ni:

apa dia pokoknye atas bukit, daun dia dlm air?

aku punyela pikir pikir, sampai yang kotor2 pun aku pikir gak sbb kadang2 soklan ni soklan bengong, rupenye jawapan dia teh.

hahaha, dah baca jawapan tu aku gelak sendiri. haiyaaa.

DH bought me Arkham City! haha terasa diriku dihargai sebenarnye wakakakaka, susah gak la dari Arkham Asylum, patu dia mcm lagi byk bende nak buat, sbb ada side mission. kira lambat la klu nak habis game ni betul2. tapi aku rasa semak dgn cara nak control batman ni, tak pun sbb aku dah lama tak main game, ataupun sbb tangan aku ni skarang hanya boleh digunakan untuk buat keje dapor, dokleh maing game dohh? ehhh tak mungkin takmungkin. maybe sbb aku main dikala otak aku rasa letih tak cukup tido kot, so i guess this game is gonna take quite sometime for me to finish, mcm biasa main 3 hari, yang ni main maybe seminggu dua ke kan, sbb cousin DH ada kat sini and dia suka main modern warfare(maknenye kene share laa ps ni, dh klu aku nak conquer sorang pun tak boleh gakk, aku keje byk nak buat) and aku pun lalu nak main kejap2 je,  otak busy memikirkan bende lain, susah nak focus kat si batman ni, huhu.

its 2 a.m and im still not asleep, padahal esok nak bgn keje(cehhhh bgn keje tuuu ahahahahha, keje amende taktau la) tapi tu ahh, tak sedap ahh nak tido takde laki kat seblah. aku kan, walaupun gado ke tak gado ke dgn laki aku, aku tetap nak dia ada seblah time tido, klu tak aku nak tido tu jadi tak lena mana ahh, hati rasa gundah gulana. ahahhahaha, call me mengada ke tahpape ke,tapi sukati aku la kan.

family mana boleh sama dgn bini wehhhhh, kdg2 laki lebih dgr ckp bini dari cakap femeli, kadang2 sebaliknye, tapi tu ahh, jgnlah disebabkan satu party tu rasa ok je, that means the other party is wrong about si laki tu. renungrenungkanlah dan selamat beramal.